Tuesday, September 15, 2009

FAKTOR-FAKTOR KEWUJUDAN PLU @ GAY BOY

Assalamualikum semua.
Isu hari ni Abang Jim nak ceritakan pada kalian semua apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya kewujudan golongan-golongan PLU ini. Tetapi sebelum itu, Abang Jim ingin menyatakkan sedikit kekesalan terhadap segelintir masyarakat luar terutamanya golongan ustaz, para alim ulama yang mengecam, menghina, mencaci, menyalahkan & menghukum golongan PLU ini.

Bagi
Abang Jim, Mereka sebenarnya tidak mengetahui punca-punca sebenar mengapa PLU ini wujud. Mereka sepatutnya cuba mencari punca, sebab atau penyelesaian yang sepatutnye bukan dengan cara menghina & memberi hukuman yang tidak sewajarnya. Abang Jim bukanlah alim dalam agama, dan bukanlah niat Abang Jim hendak mengutuk atau mengiakan apa yang dilakukan golongan PLU tetapi masalah ini haruslah ditangani dengan cara yang lebih baik atau lebih rasional bagi mengelak golongan PLU ini merasa benci dan terus menolak hukum islam ini. Mohan maaf jika ada yang terasa. Mari kita sama-sama baca sebab-sebab kewujudan golongan PLU ini.

Pertama, Majoriti golongan PLU ini sebenarnya mempunyai naluri atau nafsu menyukai lelaki semenjak kecil lagi terutamanya golongan lelaki lembut. Mengapa terjadi bergini. Inilah naluri yang telah diberikan oleh Allah kepada golongan PLU ini sebenarnya. Naluri ini tidak diminta, tetapi dianugerah kepada mereka. Cuba kita tanya kepada lelaki-lelaki yang terjebak dalam industri PLU ini, adakah meraka meminta untuk diberikan naluri sebergitu? Adakah mereka suka diberikan naluri serbegitu. Jawapanya adalah TIDAK. Tetapi cabaran ini lah yang terpaksa mereka pikul. Mereka tidak diberi naluri seperti mana golongan lelaki normal miliki. Lelaki normal dianugerahkan naluri menyukai wanita dan bernafsu terhadap wanita tetapi sebaliknya bagi PLU. Naluri menyukai kaum sejenis ini terbawa-bawa sehingga dewasa sehingga mereka tidak mampu untuk membuang naluri tersebut. BAgi lelaki normal yang sememangnya mempunyai naluri terhada wanita, mereka tidak mengerti & menyalahkan 100% kepada PLU ini kerana mereka tidak berada dalam situasi tersebut. Isu ini akan dibincangkan dalam entry seterusnya.

Kedua, Terdapat sesetengah PLU yang menjadi PLU gara-gara terpengaruh dengan cara hidup rakan-rakan PLU mereka. Pada asalnya mereka normal, menyukai wanita, tetapi disebabkan mereka bergaul dengan golongan PLU ini menyebabkan mereka ingin mencuba sesuatu yang baru. Mereka ingin mencuba sepertimana yang dilakukkan oleh golongan PLU tegar. Apa yang seronoknya kata mereka lantas tanpa berfikir panjang mereka mula terjebak dalam dunia PLU. Sama konsep dengan seorang yang tidak menghisap dadah, kerana terpengaruh dengan rakan-rakan yang menghisap dadah, mereka akhirnya terjebak. Salah siapa? Anda sendiri yang harus menjawabnya.

Ketiga, Segelintir lelaki normal yang sememangnya bernafsu dengan wanita terjebak dalam industri PLU ini gara-gara masalah mereka dikecewakan oleh wanita. Disebabkan hubungan dengan wanita yang tidak berjaya, dikecewakan & dipermainkan oleh wanita membuatkan mereka merasa tiada gunanya lagi mereka percaya pada wanita. Istilah "DON'T TRUST GIRL" menjadi satu prinsip di dalam diri mereka. Mereka merasa golongan wanita ini tidak boleh dipercayai & akhirnya mereka memilih untuk menjalinkan hubungan cinta dengan kaum sejenis. Mungkin itu yang terbaik kata mereka.

Keempat, Golongan lelaki normal takut untuk meniduri wanita kerana bimbang wanita itu akan mengandung. Jadi mereka mencari mak nyah atau lelaki yang boleh memuaskan nafsu mereka. Mereka tidak perlu rasa bimbang kerana lelaki atau mak nyah sememangnya tidak boleh mengandung atau melahirkan anak. Disebabkan terlalu kerap akhirnya mereka terus menjadikan ia nya satu rutin harian dan menjalinkan hubungan cinta dengan kaum sejenis.

Kelima, Sesetengah bapa yang sememangnya mempunyai nafsu terhadap lelaki akhirnya meliwat anak lelakinya sejak mereka kecil. Abang atau saudara mara yang meliwat adik lelaki atau saudara lelaki mereka. Kanak2 atau remaja yang tidak berdaya telah diliwat atau dirogol oleh lelaki. Ini juga menyumbang kepada faktor berlakunya kewujudan PLU. Setelah lama diperlaku bergitu mereka merasakan ianya sesuatu yang normal dan mereka ketagih dengan hubungan seumpama itu.

Keenam, Penyebaran laman-laman PLU dari barat menular sehinggakan golongan PLU ini terikut-ikut dan seronok dengan aktiviti semumpama itu.

Ketujuh, Penceraian rumah tangga juga mampu menyumbang kepada penambahan golongan Individu PLU walaupon faktor ini bukanlah faktor utama.

Kelapan, Terdapat lelaki normal yang menjadi PLU kerana tertarik dengan sikap baik rakannya. Kerana dilayan dengan baik, dibantu dan sentiasa bersama membuatkan mereka dengan tidak semena-mena terjabak dalam industri PLU ini. Perkara ini biasanya tidak disedari mereka sehingga suatu tahap dimana kebaikkan dalan layan yang penuh berhemah menyebabkan mereka boleh terjatuh hati dengan lelaki. Tidak boleh disangkal lagi, ada sejarahnya kesah bergini terjadi.

Terdapat banyak lagi sebenarnye faktor-faktor menyumbang kepada penambahan populasi golongan-golangan PLU ini yang tidak sempat Abang Jim senaraikan. Hanya faktor-fakor utama sahaja yang mampu Abang Jim sempat selitkan di dalam entry kali ini.

Adakah anda bersetuju dengan apa yang
Abang Jim katakkan???
Sila berfi comment anda. Terima kasih

**Nantikan Entry seterusnya. Assalamualaikum

No comments: